Wednesday, January 14, 2015

Resepi simpanan

Assalamualaikum n salam 1 Malaysia

Hai hai semua..ini resepi yg Acik sgt2 nk Cuba tp lom ada kesempatan..dari takut2 hilang tempek kat blog lu...heheheee... Tq pd Kak Azie

Red Velvet Cheese Brownies

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

2 1/2 cawan all-purpose flour

1 sk garam 

2 sb cocoa powder 

1 1/3 cwn vegetable oil (atau 113gm mentega - dicairkan)

1 cwn buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cwn susu)

1 sb red food colouring

1 sk vanilla extract

2 biji telur gred A - suhu bilik (saya guna 2 saiz B jer)

1 1/4 cawan gula kaster

1 sk white distilled vinegar

1 sk baking soda 


Cara-cara:

Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.


Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.


Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.  

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.


Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi saiz 9x9 atau 10x10 inci yang telah diletakkan baking paper. Ketepikan lebih kurang 2-3 sudu besar adunan kek untuk dibuat corak atas lapisan cheese nanti. 

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak. Sementara kek dibakar, boleh sediakan adunan cheese.


Setelah kek masak, boleh ditekan tekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tak perlu disejukkan. Ratakan lapisan cheese.  

Lapisan Cheese

Bahan bahan:

350 gm cream cheese

1 cawan gula ising

1 biji telur gred A (saya guna gred B)

1 sb jus Lemon


Cara cara:

Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan. 

Nota:
1. Buangkan baking paper dari brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.

2. Utk membakar selepas dimasukkan lapisan cheese, boleh lah menggunakan api bawah sahaja apabila permukaan cheese mula menampakkan warna keperangan.

3. Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko). Shiela menggunakan tepung kek  yang boleh dibuat sendiri iaitu bagi 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan selebihnya dengan tepung gandum.

4. Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.

Tuesday, January 13, 2015

BEBOLA DAGING BUATAN TANGAN MAMA

Seperti biasa searching masakan then terjumpa resepi ni tapi da pernah buat dulo skrg nak share hehehee..

Terima Kasih Kak Madihaa

Selamat Mencuba semua

SWEEDISH MEATBALL ALA IKEA
Resepi :  Faa Rosli
Sumber : Seri Kandi Tanah Jauhar

*Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus. (Seri Kandi sedih, puas cari jadi Seri Kandi guna jenama lain ~ samalah MaDiHaA pun tak jumpa cari jenama Marina... MaDiHaA masak gunakan pemanggang ajaib!)
*Kentang goreng secukupnya.
*1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit (MaDiHaA tak gunakan)
Brokoli & tomato secukupnya (ini MaDiHaA tambah)

Sosnya :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam (MaDiHaA guna 1 sudu besar sos lada hitam + 1 sudu besar lada hitam yang di blend)
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
1 kiub pati daging 

Caranya :
1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
5. Kacau sebati. tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry. MaDiHaA tambah juga dengan hirisan tomato & brokoli celur.

Blog Ku yang berhabuk

Sekembali nya Acik untuk menjenguk blog yg da hacum hacum hacum ni...berhabuk la tu kan..

last post pon ntah tahun bila kan..hehehee..

Sekarang Acik ada join MLM network marketing yang sememangnya tengah hot kabOOoom..
ada jugak join Group wassap buat roti sendiri Alhamdulillah makin pandai membanking mcm2..
Join Group wassap handbag tapi cam tak berbaloi sangat so skrg nak cari duit style lain plak..

ok la nanti Continue kat lain post.

Bye bye
Acik