Wednesday, January 14, 2015

Resepi simpanan

Assalamualaikum n salam 1 Malaysia

Hai hai semua..ini resepi yg Acik sgt2 nk Cuba tp lom ada kesempatan..dari takut2 hilang tempek kat blog lu...heheheee... Tq pd Kak Azie

Red Velvet Cheese Brownies

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

2 1/2 cawan all-purpose flour

1 sk garam 

2 sb cocoa powder 

1 1/3 cwn vegetable oil (atau 113gm mentega - dicairkan)

1 cwn buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cwn susu)

1 sb red food colouring

1 sk vanilla extract

2 biji telur gred A - suhu bilik (saya guna 2 saiz B jer)

1 1/4 cawan gula kaster

1 sk white distilled vinegar

1 sk baking soda 


Cara-cara:

Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.


Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.


Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.  

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.


Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi saiz 9x9 atau 10x10 inci yang telah diletakkan baking paper. Ketepikan lebih kurang 2-3 sudu besar adunan kek untuk dibuat corak atas lapisan cheese nanti. 

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak. Sementara kek dibakar, boleh sediakan adunan cheese.


Setelah kek masak, boleh ditekan tekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tak perlu disejukkan. Ratakan lapisan cheese.  

Lapisan Cheese

Bahan bahan:

350 gm cream cheese

1 cawan gula ising

1 biji telur gred A (saya guna gred B)

1 sb jus Lemon


Cara cara:

Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan. 

Nota:
1. Buangkan baking paper dari brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.

2. Utk membakar selepas dimasukkan lapisan cheese, boleh lah menggunakan api bawah sahaja apabila permukaan cheese mula menampakkan warna keperangan.

3. Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko). Shiela menggunakan tepung kek  yang boleh dibuat sendiri iaitu bagi 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan selebihnya dengan tepung gandum.

4. Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.

Tuesday, January 13, 2015

BEBOLA DAGING BUATAN TANGAN MAMA

Seperti biasa searching masakan then terjumpa resepi ni tapi da pernah buat dulo skrg nak share hehehee..

Terima Kasih Kak Madihaa

Selamat Mencuba semua

SWEEDISH MEATBALL ALA IKEA
Resepi :  Faa Rosli
Sumber : Seri Kandi Tanah Jauhar

*Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus. (Seri Kandi sedih, puas cari jadi Seri Kandi guna jenama lain ~ samalah MaDiHaA pun tak jumpa cari jenama Marina... MaDiHaA masak gunakan pemanggang ajaib!)
*Kentang goreng secukupnya.
*1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit (MaDiHaA tak gunakan)
Brokoli & tomato secukupnya (ini MaDiHaA tambah)

Sosnya :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam (MaDiHaA guna 1 sudu besar sos lada hitam + 1 sudu besar lada hitam yang di blend)
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
1 kiub pati daging 

Caranya :
1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
5. Kacau sebati. tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry. MaDiHaA tambah juga dengan hirisan tomato & brokoli celur.

Blog Ku yang berhabuk

Sekembali nya Acik untuk menjenguk blog yg da hacum hacum hacum ni...berhabuk la tu kan..

last post pon ntah tahun bila kan..hehehee..

Sekarang Acik ada join MLM network marketing yang sememangnya tengah hot kabOOoom..
ada jugak join Group wassap buat roti sendiri Alhamdulillah makin pandai membanking mcm2..
Join Group wassap handbag tapi cam tak berbaloi sangat so skrg nak cari duit style lain plak..

ok la nanti Continue kat lain post.

Bye bye
Acik

Sunday, February 14, 2010

SUDA SELAMAT KAWEN


........As-salam Ilah~~semoga sihat...maaf lama tiggal kn awk...berita terbaru dan gembira kita da kahwin dengan pilihan hati dan di restui keluarga...status terbaru untuk diri kita adalah seorg Isteri...Doakan kebahgiaan kami...

Biar kite cerita sedikit tentang hubungan kami....Bermula dari pertemuan di laman sosial GMAIL...mudah kita kenalkn Suami kita sbgai B...B pada mulanya hanya menegur sedangkan kita tak kenal pon dia dan nama dia pon xpenah ada dlm senarai kwn kita...kita menyambut baek perkenalan yg baru bermula itu dlm pertengahan awl buln Mei 2009...kemudian kami bersua muka perkenalkan diri masing2 sedang kan B da kenal kita lama, hampir setahun B cuba dekatkn diri ngan kita( lebey kurang cam secret admire laaaa)

Selepas pertemuan yg dirancangkn itu...tetibe teringat dan terbayang2 waktu tu...B hadiah kan something taw...dia bg gula2 Mentos...soooo sweet this guy and iam so xcited to accepted(opsss...speaking plakss hehehee)Sejak mula menanti kedatangan dan memandangnya hati kita berdegup kencang seperti guruh yg xhenti2 berdentum dentam(gelabah gila time tuuu)sambung balik selepas jumpa B hati kita mula terikat...cuba kenali B dgn lebih dalam dan dalam perkenalan kami keluarga juga merestuinya...perkenalan kami baru masuk 3bulan keluarga sudah tetapkan tarikh untk bertunang pada 31 Oct 2009 dan seterusnya pada 31 Jan 2010 perkahwinan kita dan B dilangsungkan dengan keadaan yang sederhana tetapi Alhamdulillah meriah dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai...Syukur sgt2...

........Itulah cerita singkat hubungan kita dan Suami......

kepada Suami ku....
........Aku syg padamu sgt syg...kau lah nyawa dan kau lah jiwa ku...aku berjanji akan menjadi seorg isteri yg taat dan solehah...semoga hubungan kita berkekalan hingga ke akhirnya...Amiin~~
~

Saturday, June 13, 2009

MASIH ADA YANG *SAYANG*



.......Ilah masih ada yg *SAYANG*



ku mincintai dia sepenuh hatiku



sepi idop ku tanpanya



*SAYANG* pada kamo



Terima Kasih B(my heart) untuk segalanya sayang sgt2 kat kamo~~


Wednesday, June 3, 2009

~TERKENANG~


~~Jumpa lagi kita Ilah...Ilah masih lagi sakit dan terkenang kan si dia...hati masih lagi tertanya2 kenapa begini jadinya...kita tidak mengharapkan sebarang pengorbanan...cuma...penjelasan dari nya...memang tiada penjelasan...kita kena bangun...kita kena sedar bahawa dia telah pergi tgglkn kita...kita kena bangkit jgn bersedih...hilangkan segala mcm rasa~~

.....Ilah berikan kita semangat yang telah hilang utk beberapa waktu dan ketika ini... " Ya Allah ku bermohon kepadamu beriknlah kesejahteraan kepada hambamu yang kerdil ini, hanya kau yang mampu dan ku berserah padamu " amin...

Tuesday, June 2, 2009

FRUSTRATED~~


.........Ilah tau kenapa cam gini...??sbb dia~~kemana menghilang??kenapa skrg TIADA??bagaimana skrg??sakit, pedih, terluka, semua ku rasakn keseorangan...Ilah tau kite mula kenal ngan seseorg~~tapi kita takut nk luahkan isi hati kita...xmo sejarah lama kembali...mungkin kita kejam...tapi...itu adalah perkara terbaik tuk kita ngan dia(seseorg)...

ermm...cerita pasal KECEWA..sakit nya hati...kenapa dia buat cam nih status baru dr dia " ♫ Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu Biarkanlah aku merindu sekian lama Bukan maksud untuk membisu Sepi tanpa kata Terpisahnya kita kerana mengejar impian "( adakah ditujukn utk kita ) sgt kecewa dengan tindakan dia...dia masih xkenal kita dgn sedalamnya...dia masih lagi mengenali kita hanya sebagai teman berbicara ( seperti kawan2 lain )...

surat~~

Awak...

Kehadapan aw yang berada di sana pada waktu ini, sy coretkan surat ini khas utk aw sebagai ganti diri utk menjelaskan isi hati dan perasaan sy pada waktu dan ketika ini...


....Aw, setiap hari sy nntikn jawapan yg sy tanya pada aw..sampi skrg juga masih sy tertanya2..apa salah sy pada aw..??mmg xakan ada jawapan nya..mungkin keputusan yg aw buat adalah kebaikan kita bersama tapi kenapa mesti aw mendiam dan mebisu kn diri..??dulu aw janji segalanya..tapi kini hanya tinggal kenangan manis..TERIMA KASIH utk segalanya2..dlm perkenalan kita byk yg manis...sy amat hargainya..mungkin selepas ini aw xkn jumpa sy lagi..jgn di tanya kemana..??kenapa..??sebab apa..??jawapn semua ada pd aw...cukup la sy tersiksa setelah sekian lama aw menyepi..


Sy kecewa ngan aw...TERIMA KASIH sekali lagi...


insan yg penah aw sanjungi~

Saya


Ilah kita pasrah dgn ketentuan NYA ( yang maha Berkuasa ) tiada lagi CINTA di hati ini utk si dia, tiada lagi peluang utk si dia merayu...tabah hadapi segalanya....

p/s : kau memberi harapan tapi kau takut~~